Posts

Showing posts from October, 2022

PUSAT KEUSAHAWANAN COKLAT TANJUNG PIAI, PEKAN NANAS, JOHOR

Image
Pusat Keusahawanan Coklat Tg. Piai ini adalah sebuah institusi di bawah Lembaga Koko Malaysia. Fungsi utama PKC adalah untuk memberikan latihan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan coklat. Latihan yang ditawarkan adalah Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan . Melalui kursus ini, anda akan belajar tatacara dan teknik pembuatan coklat buatan tangan yang betul melalui penggunaan coklat blok couverture atau coklat tulen. Anda akan belajar teknik pencairan atau tempering , teknik membuat kelongsong, coklat berinti, coklat blok dan coklat salutan. Anda juga akan didedahkan dengan info-info mengenai koko termasuk proses dan khasiatnya supaya boleh dijadikan sebagai bahan marketing.  ALAMAT: No. 1, Jalan Permata 2, Pusat Perdagangan Pekan Nanas, 81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor Direction OPERATION HOUR: Ahad hingga Khamis: 8.00 pagi - 5.00 petang Jumaat & Sabtu: Tutup