PUSAT KEUSAHAWANAN COKLAT TANJUNG PIAI, PEKAN NANAS, JOHOR


Pusat Keusahawanan Coklat Tg. Piai ini adalah sebuah institusi di bawah Lembaga Koko Malaysia. Fungsi utama PKC adalah untuk memberikan latihan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan coklat. Latihan yang ditawarkan adalah Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan. Melalui kursus ini, anda akan belajar tatacara dan teknik pembuatan coklat buatan tangan yang betul melalui penggunaan coklat blok couverture atau coklat tulen. Anda akan belajar teknik pencairan atau tempering, teknik membuat kelongsong, coklat berinti, coklat blok dan coklat salutan. Anda juga akan didedahkan dengan info-info mengenai koko termasuk proses dan khasiatnya supaya boleh dijadikan sebagai bahan marketing. 



ALAMAT:
No. 1, Jalan Permata 2,
Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor



OPERATION HOUR:
Ahad hingga Khamis: 8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat & Sabtu: Tutup








KURSUS ASAS PEMBANGUNAN USAHAWAN COKLAT BUATAN TANGAN DI PUSAT KEUSAHAWANAN COKLAT TANJUNG PIAI (PKCTP)

⭐️Kandungan Kursus:
🍫Demontrasi dan hands-on pembuatan coklat
🍫Teknik pencairan, tempering dan penghasilan coklat bar
🍫Teknik pembuatan kelongsong coklat dan penghasilan coklat berinti
🍫Teknik penghasilan coklat salutan melalui teknik celupan

Tempoh Kursus: 2 hari
Yuran: RM 200
*Tanpa Penginapan & Pengangkutan
*Makanan tengahari disediakan

⭐Tempat:
Pusat Keusahawanan Coklat Tg. Piai,
No. 1, Jalan Permata 2,
Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor

















PAMERAN PRODUK DARIPADA USAHAWAN KOKO MALAYSIA










 

Comments